Menabung RM1 Untuk PS4

Gambar: Digital Trends

Dengan usaha menabung sebanyak RM1 selama setahun, adik Irfan yang berumur 12 tahun ini berjaya membeli PS4 (PlayStation 4) miliknya.

Menurut akaun Twitter kakaknya, Irfan adalah seorang pengumpul komik. Daripada komik-komik inilah Irfan membuat bisnes kecil-kecilan dengan meminjamkan komik tersebut kepada kawan-kawannya dan dikenakan bayaran.

Daripada bisnes kecilan itu, dia telah berjaya mengumpulkan duit sebanyak RM600. Terima kasih juga kepada ibu dan bapanya kerana membantu untuk menambah sedikit duit bagi membolehkan dia membeli PS4 kerana harga sebuah PS4 adalah lebih kurang RM1300.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Itulah apa yang dilakukan Irfan. Siapa sangka dengan duit RM1 dia telah berjaya mendapatkan PS4 miliknya sendiri.

Cuma satu sahaja yang ingin saya pesan. Harga satu CD game PS4 pun agak mahal juga. Ada game yang harganya mencecah sehingga RM300-RM400. Diharap adik Irfan telah mempunyai perancangan untuk mengumpul duit bagi membeli CD game pula selepas ini.

About Fauzi

Ingin mencapai kebebasan kewangan. Suka membaca buku Jutawan Senyap. Menyediakan perkhidmatan web hosting di Elfbytes Web Hosting.

Speak Your Mind

*