• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
Travelog Jutawan

Travelog Jutawan

Perjalanan Ke Arah Kebebasan Kewangan

  • Utama
  • Blog
  • Arkib
  • Hubungi
  • Show Search
Hide Search

Menabung dalam akaun SSPN-i

24 March 2020 ยท Leave a Comment

Terdapat banyak cara untuk kita menabung sebagai simpanan pendidikan untuk anak-anak kita. Kita boleh menyimpan di dalam bank, membuat pelaburan melalui amanah saham seperti ASB, Unit Amanah; atau pun kita boleh menyimpan di dalam akaun SSPN-i.

SSPN-i atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang dikendalikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah sebuah tabung yang dibangunkan khusus sebagai simpanan pendidikan dalam pengajian tinggi.

Dengan membuat simpanan seawal usia anak 1 hari, kita akan dapat menggandakan nilai simpanan apabila umurnya mencecah 18 tahun nanti. Lagi awal kita menyimpan dalam SSPN-i, lagi banyak duit simpanan kita pada masa akan datang.

Baru-baru ini, PTPTN telah mengumumkan dividen simpanan dalam SSPN-i sebanyak 4%. Andai kata nilai dividen ini kekal setiap tahun dengan nilai simpanan sebanyak RM30 setiap bulan, kita akan memperolehi sebanyak RM9,437.77 pada tahun ke-18.

Itu berdasarkan pada kiraan saya jika sebulan kita simpan RM30 (atau RM1 sehari). Tetapi jika kita menyimpan lebih daripada RM30, sudah semestinya jumlah simpanan pada masa akan datang adalah lebih tinggi dengan menggunakan teknik faedah kompaun (compound interest).

Perbezaan jumlah simpanan RM30 dan RM50 sebulan selepas 18 tahun

Selain dari itu, adakah anda tahu simpanan di dalam SSPN-i membolehkan kita untuk dikecualikan cukai sebanyak RM8,000 setahun? Walaupun simpanan tahunan kita mungkin tidak mencecah RM8,000 tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan cukai pendapatan yang perlu dibayar.

Untuk membuka akaun SSPN-i adalah sangat mudah dan anda boleh membuatnya di atas talian. Hanya pergi ke laman web SSPN-i dan masukkan maklumat yang diminta. Seterusnya akaun SSPN-i anda telah pun dibuka.

Walau bagaimanapun, jangan mengehadkan platform simpanan anda hanya pada SSPN-i sahaja. Anda boleh pelbagaikan platform simpanan dalam bentuk akaun ASB, Tabung Haji atau pun pelaburan dalam unit amanah.

  • Antara simpanan ASB dan Tabung Haji, yang mana satu lebih menguntungkan?

Nota: Saya pun baru sahaja mendaftar akaun SSPN-i sebagai pendeposit untuk anak. ๐Ÿ˜€

Pengurusan Kewangan PTPTN, SSPN-i

About Fauzi

Ingin mencapai kebebasan kewangan. Buku Jutawan Senyap dan Rich Dad Poor Dad adalah buku pilihan.

Jadi Seorang Yang Bijak Wang Hari Ini

Ubah diri anda dengan menjadi seorang yang bijak dalam merancang kewangan.
Dapatkan info lanjut di Seminar BMW hari ini!

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Langgan Newsletter

Langgan newsletter Travelog Jutawan untuk mendapatkan tips dan artikel terkini yang dihantar melalui emel.

  • Email
  • Facebook
  • RSS
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Kembali Berjinak Dengan Emas
  • Belajar Saham Melalui Telegram
  • Cara membuka Akaun Saham (CDS) di Malaysia
  • Melabur dengan Wahed Invest
  • Menabung dalam akaun SSPN-i

Hak Cipta Terpelihara © 2014–2023 · Travelog Jutawan ditaja oleh Elfbytes Web Hosting · Log in