
Wahed Invest adalah medium pelaburan yang sangat mudah dan murah. Hanya dengan modal serendah RM100, anda sudah pun boleh memulakan pelaburan pertama anda dengan satu-satunya robo-advisor yang patuh syariah di Malaysia. Bukan itu sahaja, Wahed Invest juga adalah sah dan telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Tetapi sebelum itu, apakah robo-advisor?
Robo-advisor adalah sistem penasihat pelaburan yang dijalankan secara automatik dengan menggunakan algoritma mesin tanpa memerlukan interaksi dengan manusia. Segala pelaburan dan cadangan pilihan portfolio pelaburan dilakukan secara automatik oleh robo-advisor ini.
Disebabkan Wahed Invest menggunakan sistem robo-advisor, maka caj yang dikenakan dalam pelaburan Wahed Invest adalah sangat-sangat minima. Caj yang dikenakan adalah sebanyak 0.79% bagi pelaburan berjumlah bawah RM500,000 setahun.
Ini bermakna, jika anda mula melabur dengan RM100 setahun, caj yang dikenakan kepada anda pada tahun itu adalah RM0.79 sahaja. Murah bukan?
Tetapi berbaloi ke melabur dengan Wahed Invest?
Pada pendapat saya, ianya berbaloi jika anda sudah pun mempunyai pelaburan di dalam ASB ataupun Tabung Haji. Ini kerana ASB dan Tabung Haji memberikan dividen yang hampir sama setiap tahun (kurang risiko). Tetapi dengan Wahed Invest, hasil pulangannya berubah-ubah mengikut portfolio yang anda pilih. Lagi tinggi risiko portfolio yang anda pilih, lagi tinggi keuntungan (atau kerugiaan) yang anda akan dapat.

Saya pun baru sahaja buka akaun dengan Wahed Invest pada awal bulan lepas dan ikutkan sekarang ini saya dalam kerugiaan. Disebabkan saya memillih portfolio moderately aggresive semasa pendaftaran, maka sebahagian pelaburan saya telah dilaburkan dalam pasaran saham luar negara seperti Amerika Syarikat.
Ketika artikel ini ditulis, seluruh dunia sedang mengalami wabak COVID-19 dan aktiviti dagangan dan pasaran saham di seluruh dunia terjejas. Disebabkan itu rata-rata yang membuat pelaburan di luar negara akan terkesan dengan wabak ini dan berlaku kerugian termasuklah jika anda ada membuat pelaburan dalam unit amanah yang melibatkan dana luar negara.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan portfolio yang ditawarkan oleh Wahed Invest, anda boleh ke laman ini. Dan cara untuk membuka akaun Wahed Invest adalah sangat mudah dengan memuat turun aplikasi Wahed Invest dari AppStore atau Google Play.
Aplikasi Wahed Invest akan meminta anda untuk menjawab lapan soalan bagi menentukan portfolio yang bersesuaian dengan anda. Selain itu, anda juga diminta untuk memuat naik gambar MyKad dan dokumen sokongan seperti lesen memandu untuk mengesahkan diri anda. Proses pengesahan mengambil masa satu hingga tiga hari jika tidak mempunyai sebarang masalah.
Kod Pendaftaran
Gunakan kod faumoh6 untuk dapatkan RM20 percuma yang akan dikreditkan ke akaun anda.
Pelaburan permulaan adalah sebanyak RM100 sahaja dan anda boleh membuat bayaran samada menggunakan FPX atau pun pemindahan melalui akaun bank. Kesilapan yang saya lakukan, saya memilih untuk membuat pemindahan melalui akaun bank dan untuk Wahed Invest mengambil masa untuk membuat pengesahan penerimaan wang sebelum mengemaskini rekod akaun Wahed Invest saya.
Mungkin jika menggunakan perkhidmatan FPX, wang tersebut akan terus diterima dan dikemaskini ke dalam akaun saya dengan lebih cepat. Saya akan cuba menggunakan FPX dalam pelaburan tambahan yang akan datang dan akan maklumkan apa statusnya.
Kemaskini: Penambahan deposit saya menggunakan FPX mengambil masa 24 jam untuk diproses dan dimasukkan ke dalam akaun Wahed Invest saya.

Prestasi pelaburan, termasuk untung dan rugi pelaburan anda boleh dilihat dengan mudah dalam aplikasi Wahed Invest. Di sini anda boleh melihat secara terperinci keuntungan dan kerugian yang anda alami.
Anda juga boleh melihat pembahagian pelaburan anda mengikut portfolio yang anda pilih. Seperti gambar yang saya kongsikan di sini kita dapat lihat Wahed Invest ada melaburkan duit saya dalam pasaran saham di Amerika Syarikat, saham di Malaysia, emas dan sukuk.
Untuk ketika ini saya tidak dapat berkongsikan lagi pengalaman mengeluarkan duit dari Wahed Invest. Namun begitu, hasil dari bacaan saya di laman sosial rata-rata menunjukkan proses pengeluaran adalah mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk diproses. Saya akan kemaskini artikel ini apabila saya ada membuat pengeluaran itu nanti.
PS: Pastikan anda menggunakan kod faumoh6 semasa pendaftaran untuk dapatkan kredit RM20 secara percuma.
assalamu’alaikum tuan. mohon bertanya, jika saya berminat untuk melabur di wahed invest, bagaimana untuk saya melihat prestasi semasa memandangkan sekarang masih di musim pandemic covid. pada pendapat tuan, adakah sesuai untuk saya memulakan pelaburan seperti di wahed invest di kala keadaan ekonomi merudum sekarang ini?
harap dapat membantu.
jazakallahu khair
Kena tengok graf dalam app Wahed Invest itu turun atau naik. Sebab bila market turun itu yang kita beli.
Salam tuan, adakah risiko penipuan dalam wahed invest ni boleh berlaku?
Wassalam, setahu saya tidak ada penipuan. Ianya sama seperti Unit Trust. Tetapi dibuat secara automatik oleh sistem. Bergantung pada prestasi market yang sistem itu laburkan duit kita.
Salam Tuan, boleh saya tahu berapa lama masa diambil untuk nak tunjuk graf? Saya baru mula melabur dan tiada graf lagi