• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
Travelog Jutawan

Travelog Jutawan

Perjalanan Ke Arah Kebebasan Kewangan

  • Utama
  • Blog
  • Arkib
  • Hubungi
  • Show Search
Hide Search

Kembali Berjinak Dengan Emas

29 October 2020 · Leave a Comment

Saya mula mengenali emas pada tahun 2011. Pada waktu itu, saya banyak belajar tentang emas melalui bacaan buku dan blog di Internet. Saya juga ada mengikuti seminar pelaburan emas dan kelas-kelas yang diadakan secara percuma pada ketika itu.

Jika anda pernah dengar, sebelum ini ada sebuah syarikat bumiputera bernama Goldcrest Pavilion Sdn. Bhd. atau juga dikenali sebagai GCP yang menjalankan perniagaan dan pelaburan emas. Dan yang menarik minat saya dengan GCP ini adalah misi pengasasnya yang ingin meramaikan orang bumiputera celik dalam pelaburan emas.

Disebabkan itu, saya telah mendaftarkan diri sebagai dealer emas GCP. Boleh dikatakan saya agak aktif juga pada ketika itu sehinggakan saya turut mengajak kawan-kawan saya untuk menjadi dealer dan membeli emas dengan saya.

GCP mengeluarkan pelbagai bentuk produk emas seperti jongkong emas (goldbar), dinar emas dan juga barang kemas. Semua emas yang dikeluarkan adalah emas tulen 999 dan barang kemas pula berketulenan 916. Selain emas, GCP turut mengeluarkan produk perak namun begitu, produk ini agak kurang mendapat sambutan.

Perjalanan saya bersama GCP sangat menarik. Dengan GCP saya dapat belajar lebih banyak tentang emas dan kenal lebih ramai orang. Perniagaan emas saya bersama GCP juga agak rancak dan dapatlah juga merasa keuntungan hasil dari jual beli emas GCP ini.

Tetapi sayangnya selepas beberapa tahun, ada satu insiden yang berlaku pada GCP. Saya pun tidak pasti hujung pangkal ceritanya tetapi yang pasti syarikat GCP ditutup. Disebabkan itu, sesiapa yang mempunyai produk GCP kini terperangkap.

Walaupun emas GCP yang dibeli itu tulen, tetapi disebabkan tidak ada harga jual/beli yang ditetapkan oleh pengeluar (GCP) maka harga emas GCP bergantung kepada berapa harga yang dipersetujui oleh penjual (pemilik emas GCP) dan pembeli.

Dan sejak dari itu, saya mula berhenti dalam pelaburan emas.

Kini kembali…

Sehinggalah baru-baru ini, saya ada mengikuti sebuah channel Telegram yang dikendalikan oleh Abe Mie yang berkongsikan tentang emas Public Gold. Saya tidak ingat bagaimana saya boleh jumpa channel tersebut, tetapi channel itu telah membuatkan saya ingin kembali dalam pelaburan emas,

Saya percaya anda mesti tahu apa itu Public Gold (PG)? Ianya adalah sebuah syarikat pengeluar produk emas yang khusus untuk pelaburan dan simpanan emas di Malaysia. Pada tahun 2011 dahulu, ketika saya baru berjinak dalam pelaburan emas, saya ada juga buat study tentang syarikat PG ini. Tetapi salah satu faktor yang mendorong saya untuk memilih GCP adalah kerana harga emas GCP lebih murah berbanding PG.

PG juga ada mengeluarkan jongkong emas, dinar emas, barang kemas dan pelbgai lagi produk emas dan perak yang dijual di laman web mereka. PG juga ada mengeluarkan produk yang dinamakan sebagai Gold Accumulation Program di mana kita boleh membeli emas serendah RM100. Ianya adalah program yang sangat menarik dan mampu dimiliki oleh semua orang.

Tetapi apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah channel Telegram yang saya ikuti itu telah membuka semula minat saya dalam emas dan ingin bersama PG. Saya terus membuat pendaftaran dan mula membuat pembelian emas pertama saya dengan rasminya sebagai dealer PG.

Terima kasih kepada Abe Mie sebab sudi guide saya dalam proses pendaftaran tersebut. Banyak juga soalan yang saya tanya dan alhamdulillah semuanya dijawab dengan baik.

Semoga saya dapat meneruskan kembali perjalanan saya dalam pelaburan emas ini dan dapat menaikkan kembali jumlah ‘gram’ emas simpanan saya. 😉

Pelaburan Emas Public Gold

About Fauzi

Ingin mencapai kebebasan kewangan. Buku Jutawan Senyap dan Rich Dad Poor Dad adalah buku pilihan.

Jadi Seorang Yang Bijak Wang Hari Ini

Ubah diri anda dengan menjadi seorang yang bijak dalam merancang kewangan.
Dapatkan info lanjut di Seminar BMW hari ini!

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Langgan Newsletter

Langgan newsletter Travelog Jutawan untuk mendapatkan tips dan artikel terkini yang dihantar melalui emel.

  • Email
  • Facebook
  • RSS
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Kembali Berjinak Dengan Emas
  • Belajar Saham Melalui Telegram
  • Cara membuka Akaun Saham (CDS) di Malaysia
  • Melabur dengan Wahed Invest
  • Menabung dalam akaun SSPN-i

Hak Cipta Terpelihara © 2014–2023 · Travelog Jutawan ditaja oleh Elfbytes Web Hosting · Log in