• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
Travelog Jutawan

Travelog Jutawan

Perjalanan Ke Arah Kebebasan Kewangan

  • Utama
  • Blog
  • Arkib
  • Hubungi
  • Show Search
Hide Search

Insurans Kesihatan – Adakah ianya perlu?

1 July 2019 ยท Leave a Comment

Gambar: Coverfox

Alhamdulillah. Saya baru sahaja selesai mendaftarkan perlindungan insurans kesihatan (perubatan) untuk anak dan isteri saya dengan Great Eastern Takaful. Walaupun pakej yang saya ambil mempunyai simpanan dan pampasan, tetapi saya minta ejen yang menguruskan polisi anak dan isteri saya untuk lebihkan bahagian perlindungan kesihatan.

Mungkin ada yang tertanya kenapa kita perlu ambil insurans? Bukan ke kalau kita bekerja, syarikat akan bekalkan kita dengan medical card? Jadi kenapa kita perlu ambil insurans yang lain?

Saya juga pernah terfikirkan soalan yang sama. Tetapi selepas saya study tentang kepentingan perlunya kita mempunyai insurans sendiri, barulah saya tahu yang insurans ini memang amat-amat digalakkan untuk kita mengambilnya.

Nota: Saya bukanlah ejen insurans dan apa yang saya tuliskan di sini adalah sekadar perkongsian.

Ok saya bagi satu situasi yang saya jumpa di Instagram.

View this post on Instagram

. Dalam bab pelaburan dan simpanan, kita pandai rancang, tetapi kita lupa part paling penting iaitu PROTECT dulu. . Ramai dalam kalangan kita tidak rancang perlindungan masa depan, kita simpan duit di bank dan pelaburan tetapi kita lupa part takaful yang kita rasakan rugi mencarum, kita lupa kos perubatan sekarang meningkat setiap tahun begitu juga dengan harga takaful. . Sekelip mata sahaja wang simpanan beribu di bank boleh habis demi membayar kos perubatan. Siapa tak mahu rawatan cepat bukan? . I'm Not Selling, I'm HELPING because I can and I care.๐Ÿฅฐ . Dm je saya if nak tanya apa-apa ye ๐Ÿ˜˜ #insuranceagent #insurancemalaysia #investmentmalaysia #penang #kualalumpur #johorbahru #fulltimeagenttakaful #financialadvisorgreateasterntakaful . #takaful #greateasterntakaful #takafulagent #lifesavings #takafulmalaysia #takafulawareness #takafulpenting #lifeisgreat #wehelppeople #wehelpbecausewecan #wehelpbecausewecare #igreat #igreatdamai

A post shared by ู…ุฑู†ูŠ ุฑุงุฒู‚ ุญู†ุงููŠ (@marnierazakhanafi) on Jun 3, 2019 at 4:49pm PDT

Bayangkan anda dalam situasi tersebut. Anda terlibat dalam kemalangan dan kos rawatan hospital adalah RM80,000.00. Majikan anda ada sediakan insurans tetapi perlindungannya hanyalah sehingga RM20,000.00 sahaja. Jadi macam mana anda ingin langsaikan baki lagi RM60,000.00 itu?

Anda boleh keluarkan duit simpanan atau pinjam pada kawan-kawan. Tetapi untuk dapatkan duit sebanyak RM60,000.00 dalam masa yang singkat mungkin sangat sukar.

Pada saya, insurans yang diberikan oleh majikan boleh kita gunakan untuk menampung kos rawatan pesakit luar seperti rawatan di klinik. Contohnya macam kita demam, dan kita pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan. Kos untuk rawatan dan ubat ini kita boleh bayar dengan menggunakan insurans syarikat.

Tetapi bagi kos rawatan dan ubat di hospital, kebiasaannya nilainya adalah tinggi dan mahal. Disebabkan itu adalah amat digalakkan untuk kita mempunyai insurans kesihatan tambahan bagi menampung insurans yang sedia ada.

Itupun kita beruntung kalau majikan ada menyediakan insurans kepada pekerjanya. Tetapi kalau majikan tidak menyediakan insurans tersebut, lagilah amat penting untuk kita mempunyai insurans sendiri.

Terdapat banyak pakej insurans yang ada di Malaysia ini. Terpulang kepada anda untuk pilih yang mana. Tetapi yang penting, utamakan insurans yang dapat menampung kos rawatan semaksimum yang mungkin. Kemudian jika ada lebihan itu, anda boleh tambahkan untuk nilai pampasan dan simpanan.

Kalau boleh, naikkan jumlah perlindungan rawatan hospital sehingga RM100,000 setahun. Kemudian naikkan sedikit demi sedikit setiap tahun. Kalau macam Great Eastern Takaful, kita boleh naikkan jumlah perlindungan insurans sehingga RM900,000 setahun dan tanpa had untuk seumur hidup. Tetapi untuk syarikat insurans yang lain, saya tidak pasti.

Atau untuk mudah pengiraan, anda boleh tetapkan RM200 sebulan sebagai bajet bulanan anda untuk bayar premium insurans. Kemudian bila jumpa ejen insurans, anda boleh maklumkan kepada mereka yang anda ada RM200 bajet bulanan untuk insurans. Nanti mereka akan cadangkan polisi insurans yang bersesuaian dengan bajet anda.

Insurans / Takaful

About Fauzi

Ingin mencapai kebebasan kewangan. Buku Jutawan Senyap dan Rich Dad Poor Dad adalah buku pilihan.

Jadi Seorang Yang Bijak Wang Hari Ini

Ubah diri anda dengan menjadi seorang yang bijak dalam merancang kewangan.
Dapatkan info lanjut di Seminar BMW hari ini!

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Langgan Newsletter

Langgan newsletter Travelog Jutawan untuk mendapatkan tips dan artikel terkini yang dihantar melalui emel.

  • Email
  • Facebook
  • RSS
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Kembali Berjinak Dengan Emas
  • Belajar Saham Melalui Telegram
  • Cara membuka Akaun Saham (CDS) di Malaysia
  • Melabur dengan Wahed Invest
  • Menabung dalam akaun SSPN-i

Hak Cipta Terpelihara © 2014–2021 · Travelog Jutawan ditaja oleh Elfbytes Web Hosting · Log in