Cara Kiraan Dividen ASB

Gambar: AmazingNara

Sebelum ini saya tidak pernah ambil kisah tentang cara kiraan dividen ASB. Yang saya tahu setiap tahun mesti akan masuk duit dividen ke dalam akaun pelaburan ASB saya.

Tetapi jika anda ingin tahu, cara kiraan ASB mudah sahaja. Ianya mengambil kira nilai purata simpanan minima dalam akaun pelaburan pada setiap bulan untuk satu tahun.

Sebagai contoh, rujuk pada rajah di bawah.

Andaikan Baki Awal saya pada bulan Januari adalah RM 1,000.00. Dan setiap bulan saya masukkan duit sebanyak RM 100 selama setahun. Pada bulan Januari itu, nilai Baki Minima saya adalah RM 1,000.00.

Kemudian pada bulan Mac, Baki Awal saya adalah RM 1,200. Walaupun saya masukkan duit RM 100, tetapi pada bulan tersebut saya terpaksa keluarkan pula duit sebanyak RM 300. Menyebabkan Baki Akhir saya pada bulan itu adalah RM 1,000.00. Maka Baki Minima saya pada bulan Mac menjadi RM 1,000.00.

Proses ini berulang sehinggalah pada penghujung tahun, kita akan dapat jumlah keseluruhan Baki Minima pada tahun tersebut. Di mana Jumlah Baki Minima saya adalah sebanyak RM 15,100.00.

Jumlah Baki Minima (A)
= Baki Minima (Januari) + Baki Minima (Februari) … + Baki Minima (Disember)
= RM 1,000.00 + RM 1,100.00 + … + RM 1,600.00
= RM 15,100.00

Daripada sini, Purata Baki Minima akan kira di mana Jumlah Baki Minima (A) tadi dibahagikan dengan 12 bulan.

Purata Baki Minima (B)
= (A) / 12 Bulan
= RM 15,100.00 / 12 bulan
= RM 1,258.33

Dan dividen ASB dikira berdasarkan pada Purata Baki Minima ini. Sebagai contoh, andaikan dividen ASB pada tahun tersebut diumumkan sebanyak 7.00% dan bonus ASB sebanyak 1.00%. Maka kiraan dividen dan bonus ASB yang akan anda peroleh adalah seperti berikut.

Dividen ASB: 7.00%
Bonus ASB: 1.00%

Dividen ASB (C)
= (B) x 7.00%
= RM 1,258.33 x 7.00%
= RM 88.08

Bonus ASB (D)
= (B) x 1.00%
= RM 1,2583.33 x 1.00%
= RM 12.58

Jumlah Dividen & Bonus ASB
= (C) + (D)
= RM 88.08 + RM 12.58
= RM 100.66 #

Jadi, jumlah dividen dan bonus yang diperolehi pada tahun tersebut adalah sebanyak RM 100.66. Dengan dividen ini, terpulang kepada anda samada ingin keluarkan atau biarkan sahaja dalam akaun pelaburan.

Kalau saya, biarkan saja… Biar duit itu beranak dan beranak lagi. 😀

PS: Bermula pada 28 Jun 2017, buku pelaburan ASB sudah tidak digunakan lagi. Segala transaksi kini boleh dibuat dengan membawa kad pengenalan sahaja.
PPS: Antara simpan di ASB atau Tabung Haji, yang mana satu berbaloi? Baca di sini untuk jawapannya…

About Fauzi

Ingin mencapai kebebasan kewangan. Suka membaca buku Jutawan Senyap. Menyediakan perkhidmatan web hosting di Elfbytes Web Hosting.

Speak Your Mind

*