Buang harga untuk tingkatkan kuantiti jualan?

Gambar: Dogreen

Tidak lama lagi kita akan masuk ke tahun baru 2019. Sempena tahun baru yang bakal menjelma ini, saya bercadang untuk menawarkan pakej baru untuk perkhidmatan web hosting saya. 

(Bagi anda yang tidak tahu, saya ada menyediakan perkhidmatan web hosting di Elfbytes Web Hosting.)

Untuk mendapatkan idea bagi pakej baru tersebut, saya ada melawat beberapa laman web penyedia web hosting di Malaysia. Di antara perkara yang saya ambil kira adalah jumlah storan, bilangan bandwidth, bilangan addon/subdomain, dan harga yang ditawarkan untuk pakej tersebut.

Buang harga?

Dalam saya sedang buat survey harga di pasaran, saya sempat bertanyakan pandangan dari rakan saya yang merupakan seorang usahawan internet. Beliau yang  lebih dikenali dengan nama gelaran Dekan telah kongsikan dengan saya satu laman web hosting di Malaysia yang menawarkan harga yang tidak masuk akal. Pakej yang ditawarkannya sangat murah. 

Saya cuba buat kira-kira samada saya dapat tawarkan pakej yang hampir sama dengan laman tersebut. Tetapi ianya adalah sukar. Harga pakej web hosting tersebut tersangat murah seperti mereka sengaja buang harga untuk mendapatkan kuantiti jualan yang tinggi.

Selain daripada melanggan web hosting saya, Dekan juga merupakan salah seorang pelanggan web hosting syarikat tersebut. Walaupun dia mendapat harga yang murah, tetapi ada banyak masalah yang terpaksa ditanggung.

Di antara adalah laman web tiba-tiba tidak dapat diakses, resource hosting yang sepatutnya masih ada tetapi telah habis digunakan, dan ada ketikanya terdapat masalah pada database laman web.

Kill The Market

Memang betul, cara yang mudah untuk tingkatkan jualan dan menarik pelanggan adalah dengan menjual barangan dengan harga yang murah. Namun begitu, jika jualan yang dibuat sampai tahap ke overselling, ianya akan menjerat diri sendiri.

Bukan itu sahaja, kaedah seperti ini juga boleh membunuh harga pasaran. Apabila sebuah syarikat menjual satu barang dengan harga yang murah, syarikat lain yang menjual barang yang sama terpaksa menurunkan harga yang rendah.

Akibat harga yang terlalu rendah, mereka terpaksa menanggung harga kos yang lebih tinggi daripada harga jualan. Dan akhirnya mereka mengalami kerugian dan terpaksa gulung tikar mencari produk baru untuk dijual.

Saya tidak boleh ‘buang harga’ untuk pakej web hosting saya yang baru ini. Tetapi apa yang saya dapat simpulkan, jangan hanya melihat harga yang murah sebagai tips untuk melariskan jualan. Tetapi letaklah harga yang berpatutan dengan kos, perkhidmatan, dan masa yang kita berikan untuk barang yang kita jual.

Setiap perkara, ada harganya.

Saya percaya, selagi perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik, barang yang dijual pula adalah yang berkualiti, sudah semestinya pelanggan tidak akan kisah dengan apa jua harga yang dikenakan.

About Fauzi

Ingin mencapai kebebasan kewangan. Suka membaca buku Jutawan Senyap. Menyediakan perkhidmatan web hosting di Elfbytes Web Hosting.

Speak Your Mind

*