• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
Travelog Jutawan

Travelog Jutawan

Perjalanan Ke Arah Kebebasan Kewangan

  • Utama
  • Blog
  • Arkib
  • Hubungi
  • Show Search
Hide Search

Simpanan ASB vs Tabung Haji

7 December 2018 · Leave a Comment

Gambar: The Malaysian Reserve

Baru-baru ini saya ingin buka akaun simpanan untuk anak saya. Simpanan yang saya tahu yang boleh dibuka untuk kanak-kanak adalah antara ASB (Amanah Saham Bumiputera) atau pun Tabung Haji.

Saya ada juga bertanyakan pendapat dari beberapa orang rakan saya. Rata-rata mereka mencadangkan akaun Tabung Haji. Tetapi ada juga yang mencadangkan ASB kerana bagi bayi yang lahir bermula pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022, mereka layak untuk mendapat insentif simpanan ASB sebanyak RM200 secara percuma.

Ianya agak menarik, tetapi masih belum kuat untuk saya membuat pilihan. Saya perlu membuat sedikit kiraan untuk pilih mana satu platform simpanan yang terbaik.

Kiraan Simpanan

Apabila sebut tentang terbaik ini, perkara yang saya ambil kira adalah berapa banyak keuntungan yang akan diperoleh jika disimpan dalam akaun simpanan tersebut. Saya mengambil kira jika simpanan dibuat dalam tempoh 5 tahun, dan andai kata simpanan pertama berjumlah RM10,000 dan setiap bulan saya tambah RM100.

Rujuk gambarajah di bawah…

ASB vs Tabung Haji

Untuk makluman, saya merujuk nilai dividen/hibah bagi ASB dan Tabung Haji daripada laman berikut:

  • ASB: https://1-million-dollar-blog.com/dividends/amanah-saham-bumiputera/
  • Tabung Haji: https://www.tabunghaji.gov.my/en/savings/general-info/data-statistic

Kiraan Zakat Simpanan

Seperti yang kita sedia maklum, Tabung Haji telah membayar zakat simpanan kepada penyimpan. Jadi saya tidak memasukkan nilai zakat simpanan dalam kiraan ini.

Selain dijamin oleh Kerajaan, simpanan di TH adalah selamat dan bersih.  TH telah membayar zakat ke atas wang simpanan bagi pihak pendeposit selari dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979 yang memutuskan hal berikut. – Tabung Haji

Manakala untuk nilai haul tahunan bagi pengeluaran zakat simpanan untuk ASB diambil daripada laman web Zakat Selangor. Kiraan zakat  hanya dikira apabila (F) melebihi nilai haul tahunan dan perlu dikeluarkan zakat simpanan sebanyak 2.5%.

Kesimpulan

Hasil daripada kiraan yang dibuat, saya mendapati simpanan yang dibuat di Tabung Haji memberikan pulangan yang terbaik, berbanding simpanan di ASB. Di penghujung tahun 2017, simpanan akhir yang diperoleh bagi akaun di Tabung Haji adalah sebanyak RM21,545.03, manakala bagi akaun ASB adalah sebanyak RM20,198.15.

Kiraan ini berdasarkan kepada prestasi ASB dan Tabung Haji dalam tempoh 5 tahun (2013 – 2017), beserta dengan simpanan permulaan yang dibuat sebanyak RM10,000 dan ditambah simpanan bulanan sebanyak RM100. Kiraan ini juga dibuat dengan mengambil kira tidak ada sebarang pengeluaran yang dibuat daripada akaun simpanan selama 5 tahun ini.

Pengurusan Kewangan ASB, Tabung Haji, Zakat Simpanan

About Fauzi

Ingin mencapai kebebasan kewangan. Buku Jutawan Senyap dan Rich Dad Poor Dad adalah buku pilihan.

Jadi Seorang Yang Bijak Wang Hari Ini

Ubah diri anda dengan menjadi seorang yang bijak dalam merancang kewangan.
Dapatkan info lanjut di Seminar BMW hari ini!

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Langgan Newsletter

Langgan newsletter Travelog Jutawan untuk mendapatkan tips dan artikel terkini yang dihantar melalui emel.

  • Email
  • Facebook
  • RSS
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Kembali Berjinak Dengan Emas
  • Belajar Saham Melalui Telegram
  • Cara membuka Akaun Saham (CDS) di Malaysia
  • Melabur dengan Wahed Invest
  • Menabung dalam akaun SSPN-i

Hak Cipta Terpelihara © 2014–2023 · Travelog Jutawan ditaja oleh Elfbytes Web Hosting · Log in