Berapa banyak duit gaji yang perlu disimpan setiap bulan?

tabung-savingsGambar: Information Nigeria

Ada seorang rakan saya bertanyakan berapa banyak duit yang perlu disimpan setiap bulan?

Kiraan mudah dia adalah, 10% daripada duit gaji yang dimasukkan ke dalam akaun anda.

Sebagai contoh, gaji anda adalah RM2,000 sebulan. Selepas ditolak EPF dan sebagainya, yang dimasukkan ke dalam akaun bank oleh majikan anda hanyalah RM1,800 sahaja.

Jadi, 10% daripada RM1,800 ini bersamaan RM180. Jumlah inilah yang perlu anda simpan setiap bulan.

Gaji bulanan: RM2,000
Yang dikreditkan ke dalam akaun bank selepas ditolak EPF, dsbg: RM1,800
Jumlah yang perlu disimpan: 10% x RM1800 = RM180

Duit simpanan ini anda boleh simpan samada di dalam akaun bank lain, akaun bank semasa, Tabung Haji, atau pun di ASB. Tetapi saya lebih gemar simpan di dalam akaun Tabung Haji sebab simpanan boleh dibuat secara online.

Dari akaun Maybank2U pun anda boleh linkkan akaun Maybank anda dengan akaun Tabung Haji. Cumanya setiap transaksi yang dibuat dikenakan caj sebanyak RM1.00.

Tetapi ianya lebih jimat jika dibandingkan anda pergi ke bank, tunggu giliran, bayar duit parking, duit minyak, dan masa anda. Jadi caj RM1.00 itu adalah berpadanan.

Berapa banyak pula duit yang perlu diasingkan untuk insurans? Nantikan artikel saya yang akan datang.

About Fauzi M

Merupakan seorang usahawan Internet yang mula berjinak dalam bidang perniagaan selepas membaca buku Jutawan Senyap dan kini menjalankan perniagaan web hosting secara kecil-kecilan di Elfbytes Web Hosting.

Speak Your Mind

*