Pengurusan Kewangan

Ketahui cara bagaimana saya menguruskan kewangan saya untuk mencapai kebebasan kewangan.

Ada di antara tips yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri, dan ada juga yang saya ambil daripada pengalaman dan kisah yang diceritakan kepada saya.

5 Benda ‘Wajib Ada’ Sebelum Umur 35 Tahun

Gambar: Desain Denah Rumah Minimalis

Pagi tadi saya ada terbaca satu status di Facebook tentang seorang saudara ni berkongsikan tentang 5 benda yang ‘wajib ada’ sebelum umur 35 tahun.

Secara ringkas, 5 benda tersebut adalah:

  1. Duduk rumah yang selesa.
  2. Dua rumah untuk pelaburan.
  3. Simpanan enam bulan gaji.
  4. Simpanan bulanan tetap.
  5. Kereta yang memuaskan.

Saya bersetuju dengan apa yang saudara ini cadangkan. Tetapi, kesemuanya boleh dicapai sekiranya seseorang itu mempunyai matlamat dan perancangan yang betul di awal pekerjaan mereka.Continue Reading

Gaji Yang Anda Perlukan Untuk Membeli Kereta

Gambar: paultan.org

Kereta baru?

Semua orang nak beli kereta baru.

Sebab apa? Sebab kereta adalah lambang kemegahan dan lambang status kehidupan seseorang. Lagi besar kereta seseorang, lagi tinggi taraf hidup dia.

Itulah mentaliti masyarakat kita di Malaysia. Mereka melihat kereta sebagai kayu ukur hidup seseorang.

“Kau bawak kereta Kancil je? Kau kerja apa?”

Itu yang biasa orang tanya kalau seseorang tu bawa kereta kecil. Tetapi kalau orang tu bawa kereta besar, lain pula soalannya.

“Kau bawak kereta Civic Turbo baru tu ke? Pergh…mesti gaji kau besar. Berapa kau bayar sebulan?”

Dengan kereta sahaja, orang dapat menilai gaya hidup dan pekerjaan seseorang tu.

Tetapi, adakah kita mampu untuk membeli sebuah kereta baru? Berapa banyak gaji yang diperlukan kalau kita nak beli kereta tersebut?

Anda boleh gunakan formula ini.Continue Reading

Perancangan Bajet 2017

“Selamat menyambut tahun baru 2017!” -Fauzi.

Sedar tak sedar, kita dah masuk tahun 2017. Dan sedar tak sedar lagi, hujung tahun nanti kita akan masuk ke tahun 2018, dan seterusnya.

Bersempena dengan masuk tahun baru ini, sudah semestinya ramai yang memasang azam dan ingin melakukan pembaharuan pada diri mereka pada tahun ini.

Tetapi bagaimana dengan bajet? Adakah anda mempunyai azam dan perancangan bajet untuk tahun 2017 ini?

Sebut tentang perancangan bajet, saya menggunakan aplikasi YNAB (You Need A Budget). YNAB adalah satu aplikasi online berbayar (ketika saya menulis artikel ini, harganya adalah $50USD setahun) dan ianya membolehkan saya membuat bajet bulanan dengan mudah. Anda boleh rujuk artikel saya mengenai setahun selepas saya menggunakan YNAB ini.

Sejak saya menggunakan YNAB, kewangan saya lebih tersusun dan segala perbelanjaan adalah terkawal dan direkodkan dengan kemas. Walau bagaimanapun, pada tahun ini saya ingin buat sedikit perubahan pada bajet saya.

Bagaimana?Continue Reading

Setahun Selepas Menggunakan YNAB

ynab-satu-tahun-01

Bulan ini genap setahun saya menggunakan YNAB (You Need A Budget).

Apa itu YNAB? Akan saya terangkan dengan lebih lanjut dalam artikel saya yang akan datang.

Pada bulan 7 tahun 2014 yang lalu, kalau tak silap saya, pada hari itu adalah Hari Raya yang ke-3, saya menjumpai satu kaedah baru dalam membuat bajet bulanan. Saya pun tidak ingat bagaimana saya boleh menjumpai YNAB ini, tetapi YNAB telah membantu saya dalam menguruskan kewangan saya dengan teratur dan Alhamdulillah, saya berjaya melangsaikan segala hutang-hutang saya yang tidak perlu.

Namun begitu, ingin saya ingatkan di sini terdapat dua perkara berbeza antara hutang dan juga komitmen.

Sebagai contoh, bagi saya, hutang seperti hutang kereta dan hutang rumah adalah satu komitmen (hutang besar). Di mana anda perlu berhutang untuk memilikinya. Kecualilah jika anda merupakan seorang yang kaya dan mempunyai harta yang banyak, bolehlah anda beli kereta dan rumah ini secara tunai.

Continue Reading

Bagaimana saya membuat bajet Hari Raya?

ketupat-rayaGambar: Wikipedia

Hari Raya akan tiba tidak lama lagi. Bermacam-macam persediaan yang perlu disiapkan untuk meraikan hari yang bermakna ini.

Tetapi, bagaimana pula dengan bajet raya anda? Adakah anda mempunyai bajet yang mencukupi untuk membeli segala persiapan untuk Hari Raya nanti?

Beberapa tahun dulu, macam-macam yang saya akan fikirkan bila nak sambut Hari Raya. Macam-macam benda yang saya nak dibeli. Baju raya, duit raya, duit minyak untuk balik kampung, duit tolnya lagi, duit nak beli kuih dan biskut rayanya lagi, dan macam-macam lagi. Semuanya perlukan duit dan saya tidak sediakan bajet untuk ini.

Namun begitu, sejak tahun lepas saya ubah cara saya membuat bajet raya saya. Semuanya berdasarkan kepada berapa banyak duit yang saya perlukan untuk sambut Hari Raya nanti.

Continue Reading

Berapa banyak duit gaji yang perlu disimpan setiap bulan?

tabung-savingsGambar: Information Nigeria

Ada seorang rakan saya bertanyakan berapa banyak duit yang perlu disimpan setiap bulan?

Kiraan mudah dia adalah, 10% daripada duit gaji yang dimasukkan ke dalam akaun anda.

Sebagai contoh, gaji anda adalah RM2,000 sebulan. Selepas ditolak EPF dan sebagainya, yang dimasukkan ke dalam akaun bank oleh majikan anda hanyalah RM1,800 sahaja.

Jadi, 10% daripada RM1,800 ini bersamaan RM180. Jumlah inilah yang perlu anda simpan setiap bulan.

Continue Reading