Keberkatan Rezeki Dalam Bekerja Sendiri

nelayan-01

Dulu semasa saya kecik-kecik dulu, saya selalu tertanya-tanya kenapa orang yang buat bisnes perniagaan ini, atau yang bekerja sendiri ini boleh hidup senang, boleh beli kereta mewah-mewah, rumah besar-besar, tak seperti orang yang hidup kerja makan gaji.

Kemudian apabila saya sudah bekerja makan gaji, dan merasa duit sendiri, barulah saya dapat jawapannya. Barulah saya tahu kenapa orang yang bekerja makan gaji tidak boleh hidup senang seperti orang yang ada bisnes sendiri.

Orang yang bekerja sendiri lebih hidup senang disebabkan keberkatan pada rezeki yang mereka terima. Jika mereka tidak bekerja, mereka tidak akan dapat duit. Jika mereka tidak berusaha, mereka tidak boleh berikan anak bini mereka makan dan minum. Mereka perlu bekerja mengeluarkan keringat bagi memastikan perniagaan mereka berjalan dengan baik dan duit masuk setiap bulan.

Duit pendapatan mereka hanya bergantung kepada usaha mereka. Setiap usaha yang mereka lakukan akan menghasilkan pendapatan. Jika usaha mereka bernilai RM100, mereka akan dapat RM100. Jika mereka berusaha lebih, mereka akan mendapat lebih.

Ianya berbeza dengan orang yang bekerja makan gaji. Jika mereka berusaha atau pun tidak, mereka tetap akan dapat duit gaji setiap bulan. Duit gaji yang mereka dapat pun tetap. Tidak perlu risau tentang makan minum anak bini. Dan disebakan itulah selalu kita lihat ramai pekerja-pekerja yang makan gaji ini boleh lepak bersarapan sampai pukul 10.30 pagi sedangkan masuk waktu kerja pukul 9.00 pagi. Mereka tidak perlu risau untuk berusaha lebih.

Duit gaji yang dibayar sepatutnya untuk mereka bekerja dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang, tetapi mereka hanya bekerja dari pukul 10.30 pagi hingga 5.00 petang sahaja (sebab pukul 5.00 petang mereka dah turun pergi minum petang pula).

Walaupun duit gaji dibayar setiap bulan, mereka tetap rasa tidak cukup disebabkan tidak adanya keberkatan pada rezeki yang diterima. Walaupun gaji mereka RM3000, tetapi selepas ditolak-tolak dengan kerja ‘ponteng’ mereka itu, yang tinggal hanyalah RM2000 sahaja. Keberkatan rezeki mereka hanyalah pada RM2000 itu.

Tetapi saya tidak bermaksud semua orang yang kerja makan gaji ini suka ponteng kerja. Tidak semua orang yang kerja makan gaji ini suka melilau mencuri tulang. Cuma apa yang saya lihat, kebanyakkan mereka memang sebegitu.

About Fauzi M

Merupakan seorang usahawan Internet yang mula berjinak dalam bidang perniagaan selepas membaca buku Jutawan Senyap dan kini menjalankan perniagaan web hosting secara kecil-kecilan di Elfbytes Web Hosting.

Speak Your Mind

*