Kenapa saya beralih dari Aweber ke ConvertKit?

Jika anda buat email marketing, anda mesti tahu apa itu Aweber.

Aweber adalah email autoresponder yang biasa digunakan oleh blogger dan Internet marketer untuk menguruskan newsletter mereka. Dengan Aweber, mereka boleh menghantar email newsletter kepada subscriber mereka secara automatik.

Saya mula menggunakan Aweber pada tahun 2011 yang lalu. Saya memilih Aweber kerana pada waktu itu, Aweber adalah platform yang paling popular. Sudah lebih 5 tahun saya menggunakan Aweber dan setakat ini Aweber tidak mengecewakan.

Sehinggalah pada pertengahan tahun baru-baru ini, saya mengenali ConvertKit.

ConvertKit adalah email autoresponder yang sama seperti Aweber, tetapi mempunyai features yang lebih baik dari Aweber. Kenapa saya kata begitu?

Dengan ConvertKit, saya boleh segmenkan subscriber saya mengikut pada tahap mana mereka berada.

Sebagai contoh, saya blast email ke mailing list saya tentang produk yang akan saya lancarkan tidak lama lagi. Dalam 1,000 subscriber itu, mungkin ada dalam 200 orang yang klik link yang terdapat dalam email tersebut.

Dengan ConvertKit, saya boleh tag mereka-mereka yang klik link tersebut sebagai “Produk (Leads)”, dan saya boleh hantar marketing email kepada mereka sahaja. Maka email marketing lebih fokus dan khusus untuk mereka yang berminat sahaja. Mereka tidak perlu langgan newsletter yang baru.

Berbeza dengan Aweber, saya kena minta subscriber untuk langgan newsletter yang baru sebab nak asingkan antara subscriber biasa dengan subscriber yang minat dengan produk saya itu.

Selain daripada itu, ConvertKit hanya kira subscriber berdasarkan alamat email. Walaupun email yang sama subscribe banyak newsletter, tetapi ConvertKit tetap mengira subscriber tersebut sebagai satu subscriber sahaja. Ini sangat menjimatkan kos saya berbanding dengan Aweber. Kerana Aweber akan mengira email address sebagai subscriber yang berlainan kerana melanggan newsletter yang berbeza.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang ConvertKit, anda boleh tonton short video di bawah:

Dan jika berminat untuk daftar ConvertKit, boleh daftar melalui link saya di sini, Sign Up ConvertKit.

About Fauzi M

Merupakan seorang usahawan Internet yang mula berjinak dalam bidang perniagaan selepas membaca buku Jutawan Senyap dan kini menjalankan perniagaan web hosting secara kecil-kecilan di Elfbytes Web Hosting.

Speak Your Mind

*