Bagaimana saya membuat bajet Hari Raya?

ketupat-rayaGambar: Wikipedia

Hari Raya akan tiba tidak lama lagi. Bermacam-macam persediaan yang perlu disiapkan untuk meraikan hari yang bermakna ini.

Tetapi, bagaimana pula dengan bajet raya anda? Adakah anda mempunyai bajet yang mencukupi untuk membeli segala persiapan untuk Hari Raya nanti?

Beberapa tahun dulu, macam-macam yang saya akan fikirkan bila nak sambut Hari Raya. Macam-macam benda yang saya nak dibeli. Baju raya, duit raya, duit minyak untuk balik kampung, duit tolnya lagi, duit nak beli kuih dan biskut rayanya lagi, dan macam-macam lagi. Semuanya perlukan duit dan saya tidak sediakan bajet untuk ini.

Namun begitu, sejak tahun lepas saya ubah cara saya membuat bajet raya saya. Semuanya berdasarkan kepada berapa banyak duit yang saya perlukan untuk sambut Hari Raya nanti.

Sebagai contoh, setiap tahun saya akan menggunakan lebih kurang dalam RM1,200 untuk sambut Hari Raya. Ini termasuklah semua persiapan dan kegunaan sepanjang menyambut Hari Raya di kampung.

Disebabkan saya sudah tahu berapa banyak perbelanjaan yang perlu saya sediakan, maka setahun sebelum Hari Raya, saya sudah bahagikan jumlah perbelanjaan saya itu setiap bulan selama 12 bulan.

RM1,200 / 12 bulan = RM100

Jadi, setiap kali dapat duit gaji saya akan asingkan siap-siap RM100 ke dalam bajet Hari Raya saya. Dan apabila genap cukup 12 bulan, saya sudah mempunyai bajet raya RM1,200 yang cukup yang boleh saya gunakan.

Saya dah tak perlu nak pening kepala dan runsing fikir untuk persiapan Hari Raya lagi. Sebab bajet raya saya dah mencukupi dan sedia untuk digunakan tanpa perlu rasa bersalah.

Kalau anda perlukan bajet yang lebih, anda kena siapkan awal-awal lagi berapa banyak duit yang perlu anda simpan setiap bulan. Jika anda guna sebanyak RM2,400 untuk sambut Hari Raya, maka asingkan siap-siap RM200 setiap bulan bila dapat gaji.

Dan bila tibanya bulan Syawal (atau Ramadhan, bergantung kepada bila anda cadang untuk gunakan bajet raya anda), anda sudah pun mempunyai duit yang mencukupi untuk membuat persiapan Hari Raya itu nanti.

Setakat ini, inilah cara yang terbaik untuk saya dan saya amat selesa dengan kaedah ini. Jika anda mempunyai cara yang lain, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

About Fauzi M

Merupakan seorang usahawan Internet yang mula berjinak dalam bidang perniagaan selepas membaca buku Jutawan Senyap dan kini menjalankan perniagaan web hosting secara kecil-kecilan di Elfbytes Web Hosting.

Speak Your Mind

*