Perancangan Bajet 2017

“Selamat menyambut tahun baru 2017!” -Fauzi.

Sedar tak sedar, kita dah masuk tahun 2017. Dan sedar tak sedar lagi, hujung tahun nanti kita akan masuk ke tahun 2018, dan seterusnya.

Bersempena dengan masuk tahun baru ini, sudah semestinya ramai yang memasang azam dan ingin melakukan pembaharuan pada diri mereka pada tahun ini.

Tetapi bagaimana dengan bajet? Adakah anda mempunyai azam dan perancangan bajet untuk tahun 2017 ini?

Sebut tentang perancangan bajet, saya menggunakan aplikasi YNAB (You Need A Budget). YNAB adalah satu aplikasi online berbayar (ketika saya menulis artikel ini, harganya adalah $50USD setahun) dan ianya membolehkan saya membuat bajet bulanan dengan mudah. Anda boleh rujuk artikel saya mengenai setahun selepas saya menggunakan YNAB ini.

Sejak saya menggunakan YNAB, kewangan saya lebih tersusun dan segala perbelanjaan adalah terkawal dan direkodkan dengan kemas. Walau bagaimanapun, pada tahun ini saya ingin buat sedikit perubahan pada bajet saya.

Bagaimana?

Bermula pada bulan Januari ini, saya akan asingkan sebanyak 10% daripada income saya ke dalam satu kategori yang saya namakan sebagai ‘Saving’ (Simpanan). Tidak kira kecil atau besar duit income yang masuk, saya akan asingkan 10% daripada jumlahnya untuk dijadikan sebagai simpanan.

Kalau duit yang saya dapat adalah RM10 pun, saya akan asingkan RM1 daripadanya untuk dimasukkan ke dalam kategori ‘Saving’ tersebut.

Untuk rekod pengasingan 10% ini, saya menggunakan YNAB. Kalau saya buat secara manual dengan Excel atau buku nota, mungkin boleh, tetapi ianya leceh.

Tetapi dengan YNAB, segalanya mudah. Saya boleh tahu jumlah duit yang saya ada, dan dalam masa yang sama saya tahu di kategori mana semua duit saya direkodkan.

Itu adalah perancangan dan azam bajet saya untuk tahun ini. Anda pula bagaimana?

About Fauzi M

Merupakan seorang usahawan Internet yang mula berjinak dalam bidang perniagaan selepas membaca buku Jutawan Senyap dan kini menjalankan perniagaan web hosting secara kecil-kecilan di Elfbytes Web Hosting.

Speak Your Mind

*